Wednesday 11 April 2012

Makanan yang paling saya suka! ^_^

Haaa..kat bawah ni makanan yang memang saya suka r especially tart & kek. Kalau korg suke boleh r try wat yee..^__^
 
1.       BLUEBERRY CHEESE TART



Bahan-bahan ( 12 biji )

PASTRI (resepi  dari  chef  anuar)

·         160g butter
·         80g gula castor
·         1 sudu teh esen vanila
·         Sedikit garam
·         1 biji telur
·         250g tepung gandum

BAHAN ISIAN CHEESE

·         250gm cream cheese (Philadelphia)
·         3/4 cawan gula icing
·         1 biji telur
·         1/2 cawan whipping cream
·         1 sudu  teh esen vanila
·         Blueberry filling secukupnya

 Cara-cara

Untuk Doh Pastri : Pukul butter bersama gula, esen vanilla dan garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jangan sampai kembang nanti berminyak)
Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Doh sepatutnya lembut.
Doh disimpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.
Tekan doh pada acuan tart.
Bakar  170°c selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara untuk sediakan isian cheese.
Untuk bahan isian cheese : Pukul cheese dan gula hingga sebati
Masukkan esen vanilla dan telur dan whipping cream.
Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama  15-20 minit pada suhu 170°c
 Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam paper cup

2.       TART TELUR 

Resepi Asal : zlinda mz@myresepi.com
Rujukan : Mas Duniaku

Bahan 

Bahan untuk crush :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter (bahagikan kepada 8 bahagian kecil-kecil)
2 biji telur

Cara membuat crush :
Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dalam doh mixer @ food processor atau pun guna tangan pun boleh. Sebatikan.
Masukkan butter. Sebatikan lagi.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Uli hingga menjadi bentuk doh.

Bahan untuk filling :

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanila
Cara membuat filling :

Pukul gula dan telur.
Masukkan semua bahan filling yang belum dimasukkan lagi dan kacau sebati.
Tapis bancuhan filling tadi.
Tekan doh ke dalam acuan tart @ pie dan tuang  bahan-bahan filling tadi ke dalam acuan tart @ pie yang telah diletakkan doh tadi.
Bakar dalam oven.
Bakar pada suhu 190°c selama 30 minit dengan api atas bawah.

3.       CROQUETTE


Bahan

3-4 biji kentang
seledri atau daun bawang yang dipotong halus 
1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
150 gram ayam atau daging cincang
serbuk roti
 cheese
2 biji telur yang dipukul
garam
lada sulah
minyak untuk menggoreng 

 Cara

Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk
Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.
Panaskan minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau seledri, garam dan lada sulah secukup rasa
Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang . Tambahkan cheese mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.
Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur
Gaulkan dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan akhir sekali dengan serbuk roti.
Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.
Sedap dihidangkan dengan sos

4.       KEK MOIST COKLAT


Bahan

• 2 cawan tepung gandum } diayak
• 2 sudu kecil baking powder
• 2 cawan gula halus
• 4 biji telur gred A
• 250 gm butter
• 2 sudu kecil esen vanila

Bancuhan koko (Pes Coklat)

• 1 cawan serbuk koko
• 1/2 cawan gula halus
• 1 cawan air panas
• 1/2 cawan susu cair
• 1/2 sudu teh nescafe dan sedikit coffee emulco

Cara

1. Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
2. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
5. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180
°C.

Untuk topping

Bahan

• 1tin susu pekat(boleh kurangkan)
• 1 sudu teh esen vanila
• 1/2 cawan minyak jagung
• 1/3 cawan serbuk koko
• secubit garam

Cara

1. Campurkan susu,serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat,kacau selalu dengan whisker.
2. Masukkan garam dan esen,kacau. Bila telah pekat dan berkilat (dalam 10 minit),tutup api dan biarkan sejuk. Sapukan atas kek.
3.Taburkan sedikit coklat rice. Dah siap Moist Coklat Kek.  :-)

5.       KEK KARAMEL


Bahan

(A) – untuk buat gula hangus
 2 sudu besar gula


(B) - Bahagian atas

1/2 tin susu cair(boleh tambah kalau nak karamel tebal)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur


(C) - Lapisan Kek

140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak


(D) - Merinque

6 biji putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar


Cara

1.Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan.
2.Masukkan bahan (B)ke dalam loyang gula hangus tadi.
3.Pukul bahan (C)
4.Pukul sampai bahan (D) sampai jadi kembang.
5.Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati.
6.Bahagikan kepada beberapa bahagian.Letakkan pewarna ikut citarasa.
7.Masukkan kedalam loyang.
8.Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180C
9.Bila masak angkat dan biarkan 10 minit. Kemudian terbalikkannya.
10.Dah siap. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Kek Karamel sedap dimakan sejuk.

1 comment: